Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, January 16, 2016

Novel Dia Semanis Honey Karya dila dyna

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Dia Semanis Honey Karya dila dyna | Novel ni cik akak ada pinjam dari member. Tapi tak sempat nak baca lagi. Masih nak rehat dulu dari menatap novel..hahaha...

Jom baca sinopsis novel ini....


DIA SEMANIS HONEY
No. ISBN:- 978-967-0874-01-2
Jumlah muka surat:- 768
HARGA SEMENANJUNG: RM26 , AHLI KN RM22
HARGA SABAH SARAWAK: RM29, AHLI KN: RM25

Sinopsis:-

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan....

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

7 comments:

  1. wah baru lepas baca memang seronok xD

    ReplyDelete
  2. Drama akn mnyusul tidak lm lg..arahan michael ang..pling xsabar diterajui oleh artis yg mmg humble lg bsopan, Siti Nordiana a.k.a Nana๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  3. Hani akan pilih siapa ye..ahnaf ke or adam

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN