Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, January 20, 2016

Minggu Akhir Drama Alif Imani - Episod Akhir

♥ Assalamualaikum ♥

Minggu Akhir Drama Alif Imani - Episod Akhir | Drama ni memang best. Tapi cik akak macam pejam celik je nak menonton. Dah habis dah minggu nie..jangan lupa setkan temu janji anda.



SINOPSIS ALIF IMANI - Drama berjudul Alif Imani ini mengisahkan mengenai Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. 

Suri sudah berkahwin dengan Aliff (Fezrul Khan) mula dirundung duka apabila disahkan menghidap penyakit jantung yang serius. 

Kerana tahu hidupnya bila-bila saja boleh terhenti, Suri perangkap Imani dan Alif supaya mereka bernikah. Imani dan Alif kemudian ditangkap basah. 

Suri meluahkan keizinannya supaya Alif bernikah dengan Imani namun mereka berdua terpaku tidak percaya dengan permintaan Suri. 

Aliff menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu. 

Biarpun dia anak yatim, dia berhak untuk memilih hidup sendiri. Tapi nasihat daripada Suri merelakan perkongsian kasih mereka, membuatkan Imani tidak berdaya lagi menolak permintaan Suri. 

Dua bulan perkahwinan adalah waktu paling terseksa bagi Imani. Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. 

Dia menuduh Imani sengaja memerangkap kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya. Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi dia tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan diri selepas permintaan untuk diceraikan Alif tidak ditunaikan. 

Tidak lama kemudian Alif mengetahui kebenaran daripada Suri sendiri, yang mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin, satu-satunya anak mereka. 

Lantas itu, Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Dia cuba untuk mencari Imani tetapi gagal mengesannya lebih-lebih lagi apabila terpaksa menjaga Suri hinggalah setahun kemudian Suri meninggal dunia. Kerana dua wanita itu, Alif hidup menderita selama tiga tahun. 

Selama itu jugalah dia mencari Imani tapi hampa. Tiga tahun berlalu, Imani bersyukur selepas tamat pengajian, dia ditawarkan untuk berkerja di sebuah butik miilik Datuk Rohani. 

Perwatakan manis Imani yang sentiasa tenang dan tersenyum mula mencuri hati Rafiq (Amar Baharin), yang juga anak kepada Datuk Rohani. Rafiq beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki. 

Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri lelaki itu. Adakah Iman perlu mengorbankan rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif? 

Ikuti pelayaran kisah cinta penuh dilema dalam Alif Imani, setiap Jumaat, 8.30 malam di TV9. Drama 14 episod ini adalah drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd yang diarahkan oleh Keoi Khalid manakala skrip oleh Wan Mahani. 

Jika anda ketinggalan untuk mengikuti drama ini sila layari www.tonton.com untuk siaran ulangannya.

2 comments:

  1. PC ada beberapa kali juga tengok..tapi kan cik akak...cerita ni cerita emosi...sedih...

    ReplyDelete
  2. tak sabra nak tgk...ada kah imani akan bercerai..dan kawin dengn Rafiq.....harus tonton...mlm ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN