Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, January 10, 2016

Layan Hari Minggu Dengan Drama Sha Dan Shah

♥ Assalamualaikum ♥

Layan Hari Minggu Dengan Drama Sha Dan Shah | Drama bersiri yang mempunyai 16 episod. Minggu pertama cik akak memang tak follow up drama ni. Tapi hari ini..cik akak terlayan juga dengan drama bersiri 16 episod ini. 

Drama yang menggantikan drama tersuka tanpa sengaja. Memang drama ini not bad. Tapi entah kenapa...pelakon tu yang buat cik akak tak nak follow sangat.....hihi..
Bila dah marathon nonton....drama ini memang best..giler best...adaptasi novel...mana tak nya....
Drama ini mengisahkan tentang kehidupan sahabat karib dan kini bertukar menjadi sepasang suami isteri...hahaha...korang ada ke yang nak follow...apa kata orang follow nonton...sebab cik akak suka jalan drama nie...
Sha Dan Shah Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 《《TONTON SINI》》
SINOPSIS SHA & SHAH

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummy-nya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? Sha dan Shah kisah persahabatan dalam perkahwinan.


5 comments:

  1. ada tengok ulang tayang siaran..rasa pelik pun ada..serumah tetapi bukan suami isteri kan...6 bulan masih 0 hehehe

    ReplyDelete
  2. ala... dpt tgk x sampai 10 minit... tak tahu apa kesahnya... hukhuk

    ReplyDelete
  3. cik akak hantar add kat akak nak send hadiah GA....

    ReplyDelete
  4. Hi,

    Etuza saya buat pembetulan sikit,dalam cerita tu mereka dah kawin la...tengok betul-betu...sorry..jangan marah ya....

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN