Artikel Terkini

Saturday, January 23, 2016

Kombo Februari - Bulan Cinta Super Save 2016 | Novel Hati Yang Kau Sentuh & Novel Cik Murai Sayang Cik Abang - laman kakinovel.my

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Terbaru 2016 | Kombo Februari - Bulan Cinta Super Save 2016 | Novel Hati Yang Kau Sentuh & Novel Cik Murai Sayang Cik Abang - laman kakinovel.my


Sinopsis Novel Hati Yang Kau Sentuh

Menyimpan perasaan pada majikan sendiri bukan satu perkara mudah buat Suraya. Sekian lama melayan rasa, Suraya tiba-tiba dikecewakan apabila Naufal diberitakan akan bernikah tidak lama lagi. Hati bagai dihiris dengan sembilu namun, iman tetap cuba memujuk agar hati reda dengan semua ini. Dipinang seorang doktor yang begitu menjaga batas pergaulan, Suraya menerima dengan hati kosong. Sementelah istikharah sudah didirikan, dia tahu keputusannya menerima Ahmad Mubin adalah tepat. Namun siapa sangka, lelaki yang telah mendiami sekeping hatinya tidak meneruskan perkahwinan dengan tunangnya malah telah bertemu semula dengan Suraya di negeri di bawah bayu sebagai majikan Suraya.
Sekali lagi! Silaturahim yang dulunya rapat kini terjalin dengan lebih kukuh malah sampai ke satu tahap bila Suraya bukan lagi bertepuk sebelah tangan bila Naufal tiba-tiba meluah rasa yang sama. Tarikh perkahwinannya yang semakin menghampiri membuatkan hati Suraya mula berbolak-balik di antara Naufal dan Ahmad Mubin. Antara cinta dan janji yang sudah terikat.
Naufal pula langsung tak menyedari diri sudah hampir memasuki taman larangan. Dan saat kenyataan bahawa Suraya bakal menjadi isteri orang sampai ke telinga, Naufal jadi hilang arah lalu pergi membawa diri. Kalau dulu mereka terpisah tetapi bertemu semula, adakah kali ini cinta Naufal dan Suraya menemui titik penyudahnya?
Siapakah yang bakal memenangi hati Suraya? Naufal atau Ahmad Mubin?
“Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Bersabarlah… kerana buah kesabaran itu hadiahnya sangat.

Sinopsis Cik Murai Sayang Cik Abang

Sinopsis:-
Percaturan hidup yang tidak dapat diterima. Keduaduanya rasa terpaksa tapi ketaatan kepada orang tua menjadinpenghalang untuk masing-masing menentang. Kedua-duanya tidak saling mengenal namun benar kata orang, jodoh pertemuan itu rahsia Tuhan. Mereka bertemu tanpa dirancang dan tanpa mereka tahu status mereka.
Woi cik adik!”
“Assalamualaikum cik abang! Dah la langgar kereta saya, panggil saya pun ‘woi’ apa kes? Ni, habis kemik kereta saya. Awak ni tak reti ke yang saya tunggu dari tadi lagi? Ni parking saya la.” ~ Mia Qistina.
“Waalaikumussalam Cik Murai. Masalahnya sekarang awak yang langgar kereta saya. Kenapa pulak saya yang kena bayar ganti rugi? Lagipun tak ada tulis pun ini parkingawak.” ~ Ikhwan Iqaan.
Siapa sangka pertemuan dalam keadaan kurang enak itu menimbulkan perasaan halus antara keduanya. Dalam pada mulanya tak rela, akhirnya bertukar menjadi sebuah perasaan yang indah. Namun, ujian datang menduga saat mereka bahagia melayari bahtera kehidupan. Ikhwan Iqaan sekali lagi dilamun cinta. Terlupa dia seketika pada si isteri yang setia menanti bersama sebuah kejutan. Apatah lagi apabila cintanya itu tidak bertepuk sebelah tangan.
“Saya akan ikat awak sampai bila-bila.”




2 comments: