Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, January 13, 2016

Isu Breastfeeding Inilah Komen Finalis Pencetus Ummah PU Rahmat

♥ Assalamualaikum ♥

Isu Breastfeeding Inilah Komen Finalis Pencetus Ummah PU Rahmat - Terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan buruk padanya. Inilah kalau teralpa sedikit dengan kecanggihan media sosial. Ambil gambar tak fikir baik buruk. Moga kita sentiasa dilindungi dari sebarang kemurkaran....cik akak tengok dah berapa hari isu nie....hangat bagai pisang goreng. Sana sini riuh isu ini....tak seorang...seorang...hingga jadi viral....

Finalis Pencetus Ummah (PU) musim pertama Rahmat Ikhsan menasihati wanita supaya membuang foto sedang sedang menyusukan anak.

PU Rahmat menerusi kemas kini di akaun Facebook(FB)nya menasihatkan agar kaum wanita tidak membuka ruang untuk membolehkan mereka dieksploitasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Nasihat tersebut diutarakan PU Rahmat berhubung isu seorang wanita yang memuat naik gambarnya sedang menyusukan anak.

Kata PU Rahmat, sekalipun gambar berkenaan tidak mendedahkan aurat dan mana-mana anggota badan, hukumnya tetap haram berasaskan empat dalil.

Menerusi kemaskini tersebut, PU Rahmat menulis:

“Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara
2. Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.
3. Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.
4. Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan: Apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz: Jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding...tidak kah akan ada eksploitasi

Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

Menjaga wanita dari di diskriminasi dan di eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita. Maka jangan la membuka ruang dieksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi. Sayangi diri dengan sifat malu dalam diri.

7 comments:

  1. memang sensitif isu ni :( bukannya tak sokong breastfeeding tapi janganlah sampai nak tayang kat social media. memalukan :(

    ReplyDelete
  2. Isu ni memg sensitif...seblhnya jgnla smpai d dedahkn.bf memang d galakkn, malu plak sbg kaum wanita isu sebegini timbul

    ReplyDelete
  3. harap sangat perkara ini tidak berterusan dan menjadi pengajaran berguna pada kaum wanita..

    ReplyDelete
  4. Isu yang sangat sensitif masa kini....Sekarang dengan adanya teknologi...mcm-mcm boleh jadi...Yer tak CA?

    ReplyDelete
  5. Kesian bayi2 yang dapat ibu kurang akal kan..:(

    ReplyDelete
  6. Inilah orang kata sesuatu benda itu bergantung kepada siapa yang gunakannya, sama ada bermanfaat atau tidak.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN