Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, January 10, 2016

Ikan Tongkol Masak Singgang Versi Cik Akak

♥ Assalamualaikum ♥

Ikan Tongkol Masak Singgang Versi Cik Akak | Sayang cik akak dengan stok ikan tongkol dalam peti sejuk. Kalau tak masak hari ini. Entah bila lagi nak masak. Takut ikan tu membusuk dalam peti sejuk.


Imej google

Masak singgang ni amat mudah dan senang. Tutup mata pun boleh buat..hahaha....

Cik akak paling suka ikan bawal masak singgang. Tapi bukan singgang rebus..,tapi gorengan..hahaha...

Resepi ikan tongkol masak singgang cik akak

Bahannya -

1 ekor ikan tongkol - potong ikut suka korang
1 biji cili padi
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu kecil garam
Sedikit air asam jawa
2 sudu serbuk perisa maggi
Sedikit halia
2 tangkai serai
1 sudu kecil kunyit

Cara membuatnya - 

  1. Masukkan air dalam periuk. Jangan terlampau banyak. Tunggu air hingga mendidih.
  2. Cili, bawang, halia & serai tumbuk dalam lesung batu..
  3. Bila air mendidih..masukan ikan tongkol yang sudah dipotong. 
  4. Bahan tumbuk masukan sekali dan masukan serbuk perisa, garam dan serbuk perisa maggi.
  5. Akhir sekali masukan kunyit...
  6. Masak dalam 30 minit macam tu....tapi pastikan ikan tongkol masak sepenuhnya.
Selamat mencuba...

Resepi mudah untuk santapan di hujung minggu...

Selamat mencuba....

3 comments:

  1. Setiap kali je nampak masakan dari mane2 blogger , bila tengok gambar mesti cakap ni - sedapnye ! . Haha Tp memang nampak sedap pon . Haha Aduyai lapar bangat sih ! #LunchHour

    ReplyDelete
  2. memang fav saya juga, elok untuk berdiet ni

    ReplyDelete
  3. PC suka hirup kuah singgang la cik akak...fuyooo best tau..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN