Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, January 23, 2016

Filem Annabelle Menyeramkan Cik Akak

♥ Assalamualaikum ♥

Filem Annabelle Menyeramkan Cik Akak | Cik akak dah pun menonton filem Annabelle ni. Malam ini ada ulang tayang di HBO HB. Kepada pembaca blog cik akak yang berminat kepada filem seram arahan james wan ini jangan lupa setkan temu janji anda pada pukul 11.00 malam ini. 

Imej google
Tengok patung ni sahaja cik akak dah seram. Patung mimik muka macam tu...tak berani nak letak dalam rumah. Seram giler...kang malam masuk mimpi cik akak pula dah..hahaha
Sinopsis Filem Annabelle


John Gordon mendapati hadiah yang sempurna untuk isterinya yang sedang mengandung , Mia. Ia merupakan sebuah anak patung vintaj yang diingini oleh Mia sejak dulu lagi kerana dia merupakan pengumpul anak patung vintaj. Malangnya, kegembiraan keluarga itu adalah singkat. Pada satu malam ngeri, rumah jiran mereka diserang oleh ahli-ahli kultus syaitan yang yang dianggotai oleh anak jiran mereka. Mereka telah membunuh ibu bapa mereka sendiri dan pergi ke rumah Mia. Annabelle merupakan anak kepada jirannya yang terlibat dalam kumpulan kultus syaitan ( ajaran sesat ) mengambil patung vintaj Mia untuk menjelmakan satu entiti jahat menggunakan medium patung tersebut. Walau bagaimanapun, Annabelle telah membunuh diri dengan memegang patung vintaj di tangannya. John membuang patung vintaj itu selepas Mia merasakan pelbagai perkara aneh berlaku selepas itu dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk berpindah ke California selepas John mendapat kerja di sana dan setelah Mia melahirkan bayi perempuan mereka, Leah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN