Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, December 7, 2015

Nurul Izzah Dihalang Masuk Sarawak

♥ Assalamualaikum ♥

Nurul Izzah Dihalang Masuk Sarawak |  Terbaca artikel sinar harian yang menyatakan bahawa Nurul Izzah Dihalang Masuk Sarawak. Cik akak tak terkejut sebab ada sebab pihak kerajaan sarawak berbuat demikian. Bukan sahaja negeri sarawak...malahan negeri sabah pun turut menghalang beliau dari memasuki borneo. Inilah dunia politik..cik akak tak berani nak cakap apa. Memandang pilihanraya akan datang tak lama lagi. 

KUCHING - Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dihalang daripada memasuki negeri Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini pada kira-kira pukul 4 petang ini.
Pengarah Imigresen Sarawak Datuk Mohd Zulfikar Ahmad yang mengesahkan perkara itu berkata kemasukan Nurul Izah ditolak atas arahan pihak berkuasa negeri, dan jabatan imigresen kemudiannya melaksanakan arahan dengan betul dan teratur dengan mengeluarkan Notis Penolakan Masuk kepada subjek iaitu Nurul Izzah.
Beliau dalam satu kenyataan ringkas berkata, Naib Presiden PKR itu yang tiba dengan penerbangan AK5120 memberikan kerjasama yang baik, dan kemudiannya menaiki pesawat AK5211 untuk kembali ke Kuala Lumpur.
Sarawak yang memiliki autonomi berhubung peraturan imigresen pernah menahan beberapa individu sebelum ini daripada memasuki negeri, antaranya ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua.
Sementara itu Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata beliau dihalang daripada memasuki negeri Sarawak mengikut Seksyen 65 (1) Akta Imigresen 1959/63, bagaimanapun menegaskan Seksyen berkenaan tidak boleh menyekat sesiapa untuk memasuki Sabah dan Sarawak untuk tujuan berpolitik.
"Insya-Allah saya akan kembali ke bumi bertuah Sarawak dan menumpukan segala usaha terhadap merancakkan lagi kebajikan anak-anak Sarawak menerusi pimpinan Yang Berhormat Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak)," katanya.
Nurul Izzah sebelum ini dirujuk kepada Jawatankuasa hak dan kebebasan Parlimen selepas gambar beliau bersama Jacel Kiram, anak Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013, menjadi viral di media sosial. - Bernama

3 comments:

  1. Bila masuk dlm bab2 politik.. kita hanya mampu melihat dan mendengar. Nak komen lebih2 pun tak berani.. hehee

    ReplyDelete
  2. Biasa la tu, masing-masing ada strategi politik..

    ReplyDelete
  3. susah juga bila kena sekat...tak tahu nak komen apa2. SP berani kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN