Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, November 13, 2015

Drama Adaptasi Novel - Isteri vs Tunang

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Adaptasi Novel - Isteri vs Tunang | Drama adaptasi novel yang bakal ditayangkan di astro dan diterajui gandingan scha al yahya dan Hisyam Hamid. Di bawah arahan pengarah michael ang. Drama ini bakal bersiaran tahun 2016...

Dari novel yang cik akak baca...amat menarik tapi...pelakonnya..berjaya ke tidak menarik peminat menonton..





Promo promo promo... AKAN DATANG 2016, Adaptasi Novel Isteri vs Tunang...layan teaser dulu okeh... Zaim mula mendekatinya. Wajahnya dibuat-buat tenang. Mereka saling menyarung cincin yang dibeli bersama-sama yang juga mencetuskan pergaduhan antara mereka. Setelah cincin disarung, Zaim memegang lembut dagu Alana dan sebuah ciuman dihadiahkan ke dahi wanita yang sudah pun sah menjadi isterinya itu. “Told you I’m not afraid to marry you. Sekarang I dah sahut cabaran you, puas? Jangan sekali-kali cabar I lagi lepas ni, okey?” Bisik Zaim ke telinga Alana. Kemudian, dia mencium pipi Alana dan mengukir segaris senyuman tanda kemenangan. ---- “What?! You bela kucing? You tahu tak I tak boleh dengan kucing?” Alana bersuara laju. Dia tidak akan membenarkan Zaim terus membiarkan Charlie tinggal bersama mereka. “Kenapa? You alergi kucing ke?” Soalan Zaim itu membuatkan Alana tergamam. “Tak... I... takut...” balas Alana tersangkut-sangkut. “Kalau macam tu, Charlie akan tetap tinggal dengan kita! Nak tak nak, you kena belajar terima dia. Lain la kalau you alah dengan bulu kucing, ada penyakit asma ke. Tu I boleh terima lagi. Tapi, if your excuse is that you’re just scared, then I think it’s time for you to get over with that fear.” Zaim memberi kata putus. “Tak nak!” Alana menggeleng-gelengkan kepalanya. Seumur hidupnya, dia tidak pernah membelai kucing, apatah lagi tinggal sebumbung. Kini, takkan dia harus menerima Charlie dalam hidupnya pula? “I don’t care, jangan melawan cakap I. Kalau tak, I akan bawak Charlie keluar dari bilik tu dan letak dia atas riba you. Nak?” ugut Zaim. 


Sumber Drama Adaptasi Novel & kaki Novel

2 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN