Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, October 25, 2015

Si Mr. Perfect Fattah Amin

♥ Assalamualaikum ♥

Si Mr. Perfect Fattah Amin

Fattah Amin

Sumber gambar: Fattah Amin & Myfastyle / Instagram

Wartawan: Nani
Sumber gambar: Fattah Amin & Myfastyle / Instagram
Memiliki rupa paras kacak dan merupakan anak orang kaya sudah memberi pakej lengkap untuk dirinya menjadi rebutan gadis di luar sana. Namun, dek kerana terlalu mementingkan kesempurnaan, Muhammad Izzul Islam, lakonan Fattah Amin, tidak mempunyai kekasih kerana terlampau cerewet dalam memilih pasangan. Perkara ini membuatkan adiknya, Muhammad Arif Fikri (Rafiq Razali) gusar untuk mencari jodoh buat abangnya, sekaligus membantutkan hasratnya untuk menikahi kekasih, Ainul Mardhiah (Ezzaty Abdullah).
“Drama ini tidak klise seperti drama-drama yang pernah ditayangkan di slot Akasia sebelum ini, yang mana kebiasaannya ibu bapa yang memaksa anak untuk berkahwin. Kali ini, seorang adik pula yang memaksa abangnya untuk berkahwin kerana ibu bapa mereka tidak mahu ada istilah langkah bendul dalam tradisi keluarga mereka. Selainplot yang menarik, jalan cerita drama ini juga disusun dengan baik,” ujar Fattah sambil berkongsi mengenai cabaran dalam drama ‘Hello, Mr. Perfect’.
Hello, Mr Perfect Sumber gambar: hflegacystudio / Instagram
‘Hello, Mr. Perfect’ tampil dengan plot yang menarik
Sumber gambar: hflegacystudio / Instagram
“Memang saya pernah bawa watak yang seakan-akan sama sebelum ini, namun cabaran kali ini agak berbeza kerana sebelum saya masuk ke set, saya terlibat dengan drama lain yang memerlukan saya membawa watak komedi. Jadi, wujud cabaran di situ kerana saya perlu membawa watak yang sangat bercanggah dengan watak sebelum ini.
“Cabaran lain adalah kami perlu mengejar jadual penggambaran memandangkan drama ini sudah mula ditayangkan di TV3. Kami kena kejar masa dan perlu shoot setiap hari dari pagi sehingga tengah malam di mana ia memang mencabar dari segi fizikal dan mental,” ujarnya sambil memberitahu baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama tersebut pada Khamis lalu.
Hello, Mr Perfect Sumber gambar: Nur Ruhainies / Instagram
Jadual penggambaran yang ketat memberi cabaran dari segi mental dan fizikal
Sumber gambar: Nur Ruhainies / Instagram
Ditanya mengenai proses mencipta keserasian bersama gandingannya Nur Ruhainies, Fattah memberitahu dia mengambil masa hampir dua minggu sebelum dapat mewujudkan keserasian dengan gadis berusia 23 tahun itu. Biarpun pernah berlakon dengan kakak Ruhainies iaitu pelakon Nur Risteena Munim dalam drama ‘Playboy Itu Suami Aku’, namun dia memberitahu kedua-dua adik beradik itu tidak mempunyai persamaan baik dari segi karakter mahupun lakonan mereka.
“Ini kali pertama saya berlakon dengan muka baru dan bila cakap pasal baru, memang kena banyak latihan yang saya perlu lakukan. Namun Alhamdulillah, berkat sokongan dari seluruh produksi, kami dapat menjayakan watak yang diberi. Walaupun berlakon dua watak berbeza, Ruhainies berjaya membawa wataknya dengan baik sekaligus membantu saya untuk menjayakan watak saya,” katanya.
Hello, Mr Perfect Sumber gambar: Myfastyle Creative Sdn Bhd / Instagram
Perlu mengambil masa untuk mewujudkan keserasian dengan Nur Ruhainies
Sumber gambar: Myfastyle Creative Sdn Bhd / Instagram
Dalam perkembangan lain, pemuda berusia 25 tahun ini turut berkongsi kemungkinan besar bakal menjalani penggambaran sebuah drama untuk slot Aksi TV3. Menurutnya, dia teruja kerana ini kali pertama dia akan melakonkan watak aksi selepas sering ditawarkan dengan watak cinta dan komedi.
Ditanya mengenai perancangan single baru selepas “Hero Untuk Mu”, kekasih kepada pelakon Sherry Ibrahim ini memberitahu masih belum ada perancangan lagi dalam masa terdekat. Fattah turut menafikan dia tidak mempunyai single terbaru keranasingle sebelum ini tidak mendapat sambutan.
Hello, Mr Perfect Sumber gambar: Fattah Amin / Instagram
Berpendapat Nur Ruhainies berjaya membawa wataknya dengan baik
Sumber gambar: Fattah Amin / Instagram
“Buat masa ini belum ada apa-apa perancangan lagi untuk lagu baru. Tawaran persembahan pentas memang ada, namun disebabkan jadual lakonan yang padat, saya terpaksa menolak serta menangguh dulu perancangan untuk single seterusnya.
“Mengenai lagu tidak mendapat sambutan, Alhamdulillah, peminat saya menerima baik lagu tersebut. Namun, tidak dinafikan ada juga yang kutuk cakap saya tidak boleh menyanyi dan lagu tak best tetapi saya tidak boleh nak tutup mulut orang. Tak semua orang mempunyai citarasa yang sama dan saya mengambil positif setiap kritikan untuk memperbaiki lagi kelemahan saya,” tuturnya mengakhiri perbualan.
Hello, Mr Perfect Sumber gambar: RuhainiesOfficialFans / Instagram
Apa kesudahan ‘Hello, Mr. Perfect’?
Sumber gambar: RuhainiesOfficialFans / Instagram
Jangan ketinggalan untuk menonton drama 28 episod, ‘Hello, Mr. Perfect’ pada jam 6.58 petang, setiap Isnin hingga Khamis di slot Akasia TV3. Selain Fattah, drama terbitan A. Aida Production Sdn Bhd ini turut dibintangi oleh Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Dato’ Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian dan Seniwati Mariani. Anda juga boleh menonton episod-episod lepas di portal video www.tonton.com.my.

2 comments:

  1. Asalam memang pelakon ni semakin bersinar dalam lakonan drama melayu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dulu mana de popular..sekali muka hensem..terus naik..hihi

      Delete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN