Artikel Terkini

Sunday, October 4, 2015

Novel Terbaru Akan Datang : Novel Aku Takkan Suka Kau!

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Terbaru Akan Datang : Novel Aku Takkan Suka Kau! | Khabar baik buat peminat tegar novel melayu. Novel boleh dibeli di laman fajarpakeer.com

Sinopsis Aku Takkan Suka Kau! : Amna perempuan gila! Dilabel Akif perempuan itu sebagai perempuan gila kerana Amna tiba-tiba sahaja datang ke Kafe Smile miliknya, meluah perasaan dan penuh yakinnya berkata yang Akif akan jatuh hati kepadanya, dan yang lebih gila lagi, Akif akan menjadi suaminya!
Bagi Akif, itu semua tidak mungkin menjadi kenyataan. Dia sudah pun punya Maisara sebagai kekasih dan mereka sudah pun merancang untuk menjadi suami isteri. Masakan dia akan menerima Amna? Namun gadis itu tidak pula reti hendak berputus asa, malah mengupah pula Danny untuk menyiasat kekasih hati Akif! Stalker sungguh!
Maisara dan Encik Azman juga kelam-kabut apabila Amna tiba-tiba mengumumkan yang dia bakal bersuami tidak lama lagi. Masing-masing sibuk hendak mencari identiti encik suami kepada pewaris Empire Corporation itu dan kedua-duanya jadi kaget apabila mengetahui orang yang dicari adalah Akif, bakal suami dan bakal menantu mereka!
“Kau tu yang patutnya jangan terlalu yakin kau akan dapat buat aku jatuh hati dekat kau. Kau ingat lepas kita dah kahwin nanti aku akan layan kau macam seorang suami melayan isterinya ke? Dream onlah perempuan senget! Apa pun yang jadi, aku tetap takkan suka kau sampai bila-bila, tahu!”
Hajat di hati tercapai. Ikrar si suami pula langsung tidak diendah dek keyakinan Amna yang menggunung. Setiap hari mencuba dan cubaannya itu sudah tentulah membuahkan hasil positif. Namun, di saat Akif akhirnya tunduk pada egonya sendiri, Amna terpaksa memilih untuk menolak.
“Am minta maaf, tapi Am tak boleh terima abang.”             
Ah sudah!

Beli Novel : fajarpakeer.com

1 comment: