Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, October 9, 2015

Mimpi Bertemu Lelaki Yang Tak Pernah Dikenali

♥ Assalamualaikum ♥

Mimpi Bertemu Lelaki Yang Tak Pernah Dikenali | Mimpi mainan tidur. Itulah realitinya...tapi kenapa cik akak kerap kali bermimpi lelaki yang tak pernah cik akak kenal.

Kalau dahulu, cik akak bermimpi berkahwin dengan orang yang tak dikenali. Tapi semalam mimpi itu datang kembali dengan cara yang berbeza. Lelaki tak dikenali pun orang yang berbeza...

Apa hubung kait mimpi cik akak dengan dunia realiti cik akak...Ya Allah....andai itu hanya mainan syaitan...jauhkan dari kehidupan realiti cik akak..

Dalam mimpi tu..kononnya lelaki tu bawa cik akak jumpa keluarga dia...kenal-kenal dengan keluarga dia....hihi...waktu feeling habis nie..hahaha..mak aii...

Lelaki tak dikenali tu pun boleh tahan juga hensemnya..hahaha..serius lawak..macam mimpi drama sinetron pula kan..

Menurut sumber yang cik akak baca...kalau kerap kali mimpi macam tu....memang kena kawen cepat-cepat kot..hahaha....insyaAllah...pasti ada jodoh cik akak...amin..


8 comments:

  1. tanda jodoh nak sampai tu cik akak... hihihihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin....nampak sangat macam sinetron kan..hahha..tidak mustahil dengan izin ilahi...doa yang baik2

      Delete
  2. "Sekiranya seorang gadis mimpikan seorang lelaki yang tidak dikenali, ianya adalah alamat bahawa si gadis itu kemungkinannya akan bertemu dengan seseorang lelaki yang memiliki pengaruh besar terhadapnya. Malahan, pendapat orang tua-tua turut menyatakan mimpi itu membawa alamat dia mungkin akan mendirikan rumahtangga dengan lelaki tersebut." :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha....misteri nusantara....redha je..

      Delete
  3. Moga jumpa jodoh yang sesuai untuk cik akak..

    ReplyDelete
  4. Nanti mkn nasi minyak cik akk ler .
    Pong pang pong pang .

    ReplyDelete
  5. kalau yg mimpi tu dah kawin camna plak?

    ReplyDelete
  6. Saya pun sama.. Kerap.. Lelaki tu syg sgt kt saya. First mimpi dia bwk jalan2 ngn family dia. Keluarga berada.. Second bwk jalan2 ngn kawan2. He's very caring and charming.. Tapi takut nak percaya jgk sebab saya baru putus cinta. Hmm entahlah.

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN