Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, October 31, 2015

Kifarah Mistik TV3 - Pengasih

♥ Assalamualaikum ♥

Kifarah Mistik TV3 - Pengasih | Drama semalam..cuma cik akak tak sempat kongsikan di blog. Terlebih komen di blog rakan sambil layan wasap. Terlupa pula nak updates drama terkini. Kisah semalam...menyingkap kehidupan Eman Dagu yang tergila-gila hanis. Hingga sanggup mendapatkan minyak dagu dari kawannya..

Tak sempat tonton...korang boleh lah tengok kat youtube...


Video drama Pengasih

Episod Ketiga: Pengasih (30 Oktober)Eman Dagu meminati Hanis, anak kepada seorang janda, Mak Jah tetapi Hanis tidak melayannya. Eman Dagu tidak mempunyai rupa yang kacak, tidak pernah mendapat perhatian daripada perempuan. Jadi, dia telah mendapatkan minyak dagu melalui kawannya, Adam.
Kifarah Mistik - Pengasih
Ada beberapa syarat yang mistik tetapi kelakar perlu dilakukan oleh Eman Dagu. Antaranya, tidak boleh memakai baju warna putih, tidak boleh bermain takraw dan tidak boleh makan ayam goreng KFC. Malahan, Eman Dagu perlu duduk atas bumbung rumah untuk menikmati embun pagi pada pukul 2 pagi dan dia juga perlu mandi di bawah jambatan setiap malam.
Kifarah Mistik - Pengasih
Selepas itu, dia mula mahu mencalit minyak dagu ke Hanis tetapi tidak berpeluang. Akhirnya, dia merancang untuk mencalit minyak dagu itu di pemegang pintu kereta Hanis. Mak Jah muncul secara tiba-tiba dan dia tercalit ke Mak Jah. Apakah yang akan berlaku?

Minggu depan - Malam Jumaat 》》》》Himpunan Kisah Dalam Kifarah Mistik 

3 comments:

  1. menarik intro cerita ni kan Cik Akak..suka juga tengok drama melayu, wayang kita.

    ReplyDelete
  2. best kisahnya... http://lynk.my/PLU

    ReplyDelete
  3. masih ada lagi rupanya pengamal ilmu mistik ni yer...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN