Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, October 22, 2015

#Bajet 2016 - Cuepacs Mohon Bonus 3 Bulan Gaji Penjawat Awam

♥ Assalamualaikum ♥

#Bajet 2016 - Cuepacs Mohon Bonus 3 Bulan Gaji Penjawat Awam | Asal bajet je..isu bonus memang nombor 1. Mohon pun belum tentu rezeki penjawat awam. Apa-apa pun....tengok je jumaat nie....bajet 2016 dibentangkan.....bagi lah kenaikan gaji tahunan..kan lebih bagus..hihi...tiap tahun dapat kan.....



KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat awam pada pembentangan Bajet 2016 bulan depan. 

Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng berkata, permintaan berkenaan dibuat bagi "Kita bukanlah minta kerajaan bagi sekali gus bonus tiga bulan itu, beri secara berperingkat pun tidak mengapa kerana kita faham keadaan kerajaan," katanya kepada Bernama di sini Jumaat. 

Beliau berkata permintaan bonus itu juga adalah sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik selama ini. "Selain itu apabila mendapat bonus, mereka akan berbelanja dan sekali gus akan merancakkan lagi ekonomi negara," katanya. 

Lok berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan menyemak semula dan melakukan penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini. 

Beliau berkata perhatian sewajarnya perlu diberikan kerana ia merupakan harapan kepada 1.6 juta penjawat awam di negara ini. "Mana-mana skim perkhidmatan yang dianggap kritikal seperti pembantu tadbir dan badan beruniform, sudah lima hingga enam tahun tidak disemak, perlu diberi perhatian... kerajaan perlu beri keutamaan kepada mereka yang berpendapatan rendah," katanya. 

Lok berkata antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan memberi kenaikan gred berdasarkan pengalaman dan kepakaran kakitangan yang telah berkhidmat dalam tempoh yang lama. "Walaupun mereka hanya memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia boleh diiktiraf berdasarkan pengalaman dan kepakaran bagi membolehkan mereka menerima kenaikan gred. 

"Kerajaan juga mungkin perlu menyediakan lebih peruntukan untuk peluang latihan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kepakaran mereka," katanya.


5 comments:

  1. isu bonus dah akhir pembentangan baru kaluar, itu je pun nak dgr.pe2 pun tggu esok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah jarang peduli part lain kan..hahaha...biarlah kerajaan yang uruskan..

      Delete
  2. Tiap-tiap tahun ceupacs minta benda yang sama.... bonus 3bln gaji macam xkan dapat je kalau stgh bulan gaji mungkin lulus... Kita tggu esok la ye....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah tunggu dik..hahaha...memang sah tak dapat punya...

      Delete
    2. Tak payah tunggu dik..hahaha...memang sah tak dapat punya...

      Delete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN