Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, September 27, 2015

Siapakah Dia Saiful Nang

♥ Assalamualaikum ♥

Siapakah Dia Saiful Nang | Agaknya orang dah kenal lama dengan pemilik nama saiful nang nie... tapi mesti masih belum mengenali...siapakah dia sebalik nama saiful nang. Sebut je Saiful nang....mesti semua orang kenal kan...isu terhangat sekarang mengaitkan pemilik nama saiful nang kerana kenyataan beliau..

Inilah kenyataan beliau yang mengegarkan media massa....dan mendapat kecaman hebat pengguna laman sosial facebook...apa-apa pun mesti ada sebab beliau menaikkan status kenyataan sedemikian...

“Tahukah anda terdapat banyak rumah pelacuran di Tanah Haram? (Sila berjalan di kampung – kampung di sekitar Tanah Haram (dan) anda akan dapat lihat sendiri secara tersembunyi).“Tanah itu dahulu pernah kotor dan pernah disucikan oleh Nabi Muhammad (SAW) dan ia boleh sahaja kotor kembali pada hari ini” ujarnya ketika memuatnaik status tersebut.Tidak cukup dengan itu, beliau turut menyelar pemerintah Arab Saudi sambil mengesa agar tanah suci bagi umat Islam itu diberikan kemerdekaan.“Suci bermakna tiada setitik pun kekotoran. Bagaimana air susu segelas dikatakan suci walaupun hanya sebutir tahi cick jatuh kedalamnya.“Kita sendiri tidak sanggup minumnya walaupun nisbah tahi cicak dan susu itu hanya kurang dari 0.5 peratus sahaja. Merdekakah tanah haram. Tanah haram milik umat Islam bukan milik sebuah keluarga,” katanya lagi.



Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia.
Malahan beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN, sebaris dengan individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia termasuk Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Fernandes dan Datuk Misbun Sidek.
Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candidsyndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura.
Beliau juga terkenal sebagai individu yang berjuang untuk memartabatkan kerjaya fotografi supaya lebih hebat dan dipandang tinggi di dunia. Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia.

Tags sumber : kisah usahawan fotografi

6 comments:

  1. saya pon sama...kesian betul terlepas news macam ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. Tu lah.. Ramai kritik dia mengenai status tu... Hmm.. Kdg tak semua yg kita tahu patut kuta dedahkan...

    ReplyDelete
  3. Kalu ada bukti dan fakta silakan lapur pd pihak berkuasa Polis Tanah Haram itu. Kita tak tahu

    ReplyDelete
  4. baru tahuu pasal ni.. hehe kalau akak tak post, Lissa tak tau.. haha T_T

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN