Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, September 18, 2015

Pembayaran Akhir BR1M Dipercepatkan Mulai 21 September 2015 Ini

♥ Assalamualaikum ♥

Pembayaran Akhir BR1M Dipercepatkan Mulai 21 September 2015 Ini | Menurut astroawani.com pembayaran kali terakhir BR1M akan dicepatkan mulai 21 September 2015 ini. Bagi isi rumah yang layak.....pastikan anda semak ye..semoga bantuan ini memberi manfaat untuk anda. Pembayaran ini dipercepatkan sempena perayaan hari raya haji yang akan datang. 

KUALA LUMPUR: Pembayaran akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadualkan pada akhir September ini akan dipercepatkan mulai 21 September, 2015.

Pembayaran ini dipercepatkan sempena ketibaan Hari Raya Aildiladha pada 24 Sept, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini, ia dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti," katanya.

Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan  terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana  cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat. Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari, 2015 dan peringkat kedua pada 28 Mei, 2015.

5 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN