Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, August 25, 2015

Tonton Full Episod Cinta Iris TV9 & Sinopsis Cinta Iris

♥ Assalamualaikum ♥

Tonton Full Episod Cinta Iris TV9 & Sinopsis Cinta Iris 


Sinopsis Cinta Iris TV9 

Iris Damia (Raja Ilya) merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan di Universitinya. Sikap kasarnya ala-ala tomboy membuatkan ibunya risau jika dia tidak mempunyai teman lelaki. Namun dalam diam, Iris diminati oleh seorang jejaka bernama Shahir (Ungku Ismail) daripada jurusan Pengajian Islam. Keperibadian Shahir akhirnya berjaya melembutkan hati Iris dan mereka berkahwin. Di awal perkahwinan, kehidupan mereka sangat bahagia lebih-lebih lagi apabila Iris disahkan mengandung anak pertama mereka. Namun malang menimpa apabila bayi Iris mati dalam kandungan, Iris begitu kecewa dengan apa yang terjadi dan mula bangkit dengan membuka syarikat kecil miliknya. 

Ternyata tindakan nekad Iris membuahkan hasil apabila perniagaannya kini semakin berjaya, krediblitinya mula diyakini dan syarikatnya mula menempa nama dalam bidang kejuruteraan. Iris meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada suaminya Shahir untuk berurusan dengan pelanggan sehingga lewat malam. Kerana itu, Shahir mula berkenalan dengan seorang GRO bernama Leya (Tunku Hanis). Shahir akhirnya tergoda dengan Leya dan lupa pada pegangan agamanya selama ini. Leya mengambil peluang mengikis dan menghasut Shahir untuk meninggalkan Iris.Iris tidak menyangka Shahir tergamak berlaku curang malah telah menyelewengkan wang syarikat Iris. 

Iris tetap nekad bangkit semula demi anaknya selepas dia bercerai dengan Shahir dan turut mengupah seorang pengawal peribadi bernama Johari (Nazim Othman). Johari cuba melindungi Iris dan mahukan Iris lebih berhati-hati dengan lelaki. Johari juga menjadi tempat anak Iris bermanja. Kemunculan Ray (Zain Hamid), seorang usahawan yang dilihat cuba membantu Iris telah berjaya membuka pintu hati Iris yang sebelum ini tertutup rapat untuk lelaki. Tetapi dalam diam, Ray mempunyai perancangan untuk mempergunakan Iris. Mungkinkah ada bahagia kedua buat Iris? Adakah Iris akan sekali lagi membiarkan hatinya dilukai oleh lelaki?


Tonton Full Episod Cinta Iris TV9 : Tonton SINI


1 comment:

  1. alahhh kesiannya... keluar mulut buaya masuk mulut naga....

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN