Artikel Terkini

Friday, August 14, 2015

Novel Terbaru Di Pasaran : Cinta Tak Terucap Karya Imani Hatta

♥ Assalamualaikum ♥


Novel Terbaru Di Pasaran : Cinta Tak Terucap Karya Imani Hatta
Cintaxterucap

Dapatkan Novel di SINI

CINTA TAK TERUCAP
ISBN: 978-967-5067-56-3
SEMENANJUNG: RM 20.00 AHLI KN: RM 16.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00
Sinopsis:Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.
SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?
AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?
Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.
Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan… tanpa ungkapan kata cinta?

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!