Artikel Terkini

Friday, July 31, 2015

SUPER SAVER OGOS 2015 (PEK OGOS.MERDEKA) : Novel Siapa Kata Tak Sudi & Mimpikan Aku, Please Di Kaki.novel.my

♥ Assalamualaikum ♥

SUPER SAVER OGOS 2015 (PEK OGOS.MERDEKA) : Novel Siapa Kata Tak Sudi & Mimpikan Aku, Please Di Kaki.novel.my. kakinovel.my ada promosi novel terbaru...harga pun lumayan murah...dengan dua novel hanya RM32.00 bagi semanjung. Manakala Sabah/Sarawak boleh dapatkan dengan harga RM38.00. Murah kan..apa lagi..peminat novel...jom serbu laman web kakinovel.my
PEK-OGOS.MERDEKA
SUPER SAVER OGOS 2015
(PEK OGOS.MERDEKA)
1. SIAPA KATA TAK SUDI – MAS YURA
2. MIMPIKAN AKU, PLEASE! – MIMIE ISMAIL
SEMENANJUNG RM32
SABAH SARAWAK RM38

TEASER PENDEK MIMPIKAN AKU, PLEASE!
“Awak ni datang bulan ya?” sindir Elise.
Akbar berang. “Lebih baik kau blah, jangan kacau aku!”
“Awak ingat saya nak mengurat awak ke? Saya cuma nak tolong aje,” beritahu Elise dengan suara yang direndahkan. Dia tidak puas hati.
Akbar yang baru hendak melangkah, terhenti seketika. Sambil tersenyum sinis dia berkata, “bukan nak menolong cuma nak menyibuk. You are trying to flirt with me! Bukan aku tak perasan kau asyik tengok aku aje dari pagi tadi.”
Elise rasa tak percaya dengan kata-kata Akbar tadi. Apa yang dimaksudkan oleh Akbar adalah sewaktu dia ‘ter’renung Akbar pada pagi tadi. Lidahnya serta-merta menjadi kelu. Bukan kerana kata-kata Akbar, tetapi senyuman sinis itu amat menarik perhatiannya. Lesung pipit di kiri dan kanan, bibir yang meleretkan senyum sinis dan….
“Nampak tak apa yang aku cakap tadi?”
“Hei, sedara. Saya tenung awak bukan sebab awak tu menarik pun. You know what, you got something on your teethHere.” Elise menunjukkan dengan telunjuknya ke gigi hadapannya sendiri.
TEASER PENDEK SIAPA KATA TAK SUDI!
Woi!” jerkah satu suara. Airina menoleh. Dilihatnya seorang lelaki yang berpakaian sukan menghampirinya.
“Kau buat apa dengan kereta aku hah?” tanya lelaki itu dengan wajah yang bengis. La… lelaki rupanya! Apesal auw semacam aje kereta ni? Merah jambu! Airina ketawa dalam hati.
“Kau ke tuan kereta ni?” Airina bertanya penuh ego.
Of course!” marah lelaki itu. “SeeThe rim is dented.” Lelaki itu beriak cemas. Pantas dia bertinggung, membelek rim tayar keretanya. Padahal, tidak ada apa pun yang kemik. ‘Propa’ aje lebih!
Airina melopong. Setakat kena tendang dengan kakinya yang ‘keding’ ni, rim tayar tu boleh kemik ke? Macamlah rim tayar kereta dia ni diperbuat daripada polistirena!
“Hei! Tak kemiknya pun rim tu kalau sampai tahun depan aku tendang. Aku nak kau bayar ganti rugi baju aku yang dah busuk disebabkan lecah yang kau langgar dekat Wangsa Maju semalam!” Airina betul-betul marah. Bukanlah duit yang dia mahukan. Cukuplah sekadar kata maaf yang terbit daripada mulut lelaki itu.
“Bila masa pulak lecah tu kena kau? Kau jangan cakap pada aku, kau perempuan yang pakai baju warna merah ala-ala bullfighter tu?” duga lelaki itu. Sengaja mahu menyakiti hati Airina.

No comments:

Post a Comment