Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, July 25, 2015

Shukri Yahaya Dalam Telemovie Abang Beduk

♥ Assalamualaikum ♥

Shukri Yahaya Dalam Telemovie Abang Beduk. Pelakon yang meningkat naik namanya kini bergelar abang beduk dalam rancangan pencetus ummah menerusi telemovie Abang Beduk. Tonton Online & Download Telemovie Abang Beduk - SINI



Pelik tetapi benar. Pelakon yang sedang meningkat naik, Shukri Yahaya dengan rela hati menawarkan diri untuk menjadi ‘Abang Beduk’ yang berperanan menentukan masa setiap peserta menerusi program realiti Islamik terbitan Astro, Pencetus Ummah.
Tidak dinafikan, Shukri Yahaya mempunyai pakej yang cukup lengkap sebagai Abang Beduk program Pencetus Ummah kerana penampilannya yang segak dan sado. Tambah lagi, pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini memiliki wajah yang kacak.
Tapi anda semua jangan salah faham, Shukri Yahaya bakal muncul menerusi telefilem Abang Beduk yang mengisahkan seorang jejakaAhmad Nizamuddin yang tidak mempunyai tujuan hidup.
Walaupun dia seorang kacak, segak dan sado, Ahmad Nizamuddin tetapi dia agak ‘perlahan’ pemikirannya. Pada suatu hari, dia tertonton promo Pencetus Ummah sehingga memberi kesan mendalam terhadap dirinya. Sejak dari itu, Ahmad menanam cita-cita untuk menyertai program dakwah tersebut.
Adakah Ahmad Nizamuddin akan berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang Abang Beduk untuk program Pencetus Ummah?
Jangan lupa untuk menonton Abang Beduk yang akan bersiaran pada hari ini bermula jam 2.30 petang hanya di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN