Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, July 29, 2015

Aaron Aziz Bidas Isu Adegan Malam Pertama Dalam Telefilem Cinta Paling Agung

♥ Assalamualaikum ♥
Aaron Aziz Bidas Isu Adegan Malam Pertama Dalam Telefilem Cinta Paling Agung. 

Pelakon Aaron Aziz meminta supaya adegan mesra dalam filem terbarunya berjudul Cinta Paling Agung tidak diperbesarkan.

Menurut Aaron, dia tidak mahu adegan itu disalah ertikan oleh segelintir pihak kerana ia adalah lakonan semata-mata.

“Babak itu hanyalah lakonan semata-mata dan ia sekadar untuk melambangkan permulaan malam pertama sebagai suami isteri.

“Tetapi babak sedemikian bukanlah pertama kali dipaparkan di dalam drama mahupun filem-filem di Malaysia.

“Saya harap janganlah ada segelintir pihak yang cepat membuat andaian tanpa menonton dulu filem Cinta Paling Agung ini,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain itu, Aaron juga memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan adengan tersebut dengan Siti Saleha kerana masing-masing mengamalkan sikap profesional.

“Ini bukanlah kali pertama saya berlakon dengan Saleha dan saya rasa kami tidak mempunyai masalah untuk melakonkan ‘scene’ tersebut.

“Saya tahu kerja saya dan dia juga tahu kerja dia, masing-masing bersikap profesional dan fokus kepada watak yang diberikan.” jelasnya pendek.

Saksikan telefilem Cinta Paling Agung di Astro First Eksklusif bermula 17 Julai 2015 di saluran 480.

Sinopsis:

Cinta Paling Agung mengisahkan tentang Khairi (Aaron Aziz) dan Amyza (Siti Saleha) yang telah berkahwin hampir sepuluh tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hanna.

Namun perkahwinan mereka tidak bahagia dan semakin hari semakin bermasalah. Khairi kemudiannya jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Dewi (Zaskya).

Kerana Dewi, Khairi sanggup membuat keputusan untuk menceraikan isterinya. Amyza yang terkejut dengan keputusan suaminya itu kemudian membuat keputusan untuk bersetuju.

Tetapi dengan syarat setiap pagi Khairi perlu mendukungnya setiap hari selama 30 hari dan Khairi dengan berat hati bersetuju dengan permintaan isterinya.

Sementara itu, hubungan Dewi dan Khairi tidak berjalan dengan lancar seperti yang disangka kerana ibu bapa Dewi kurang bersetuju dengan pilihan anak perempuannya itu.

Keluarga Dewi kemudiannya menasihati Dewi bahawa perbuatan bercinta dengan lelaki yang masih berstatus suami orang adalah perbuatan yang salah.

Dewi tersepit diantara rasa cinta dan bersalah terhadap Khairi serta ibu bapanya.

Adakah Dewi akan meneruskan hubungannya dengan Khairi sehingga ke jinjang pelamin?

Bagaimana pula dengan Amyza, adakah Khairi akan menceraikannya ataupun tidak?

Sumber : Cinta Paling Agung 

2 comments:

  1. Menarik..
    singgah isi tabung cik akk..simpan tau..

    ReplyDelete
  2. aisehhhh , taknak komen apa2. hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN