Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, June 5, 2015

Berita Harian - Polis Buru Warga Asing Bogel Di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah

♥ Assalamualaikum ♥


Polis Buru Warga Asing Bogel Di Puncak Gunung Kinabalu, Sabah

Datang bertamu di negara orang. Jaga adap sopan dan hormati masyarakat. Bukan main redah je kan. Kan tak pasal-pasal ke buru. Borneo memang cik akak tak nafikan. Pelbagai kepercayaan yang diamalkan oleh setiap kaum. Hormati kepercayaan mereka..walaupun kita berlainan Keturunan dan agama.




KOTA KINABALU: Polis Sabah kini memburu lima warga asing yang dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dengan berbogel di puncak Gunung Kinabalu, baru-baru ini. 

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan mendapat arahan untuk menyiasat daripada mahkamah. 

"Semua lima suspek itu masih berada di Sabah dan dijangka akan keluar dari negara ini. Oleh itu, kita bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk mengesan seterusnya menahan mereka.


Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan aktiviti lucah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi. 

Pada 30 Mei lalu, sekumpulan pelancong dipercayai dari Kanada telah berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebelum mengambil gambar dan perbuatan mereka itu juga menimbulkan kemarahan penduduk di negeri ini selepas ia menjadi viral di laman sosial.

Selanjutnya baca : berita Harian

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN