Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, June 13, 2015

Lelaki Terima Zakar Derma Bakal Jadi Bapa

♥ Assalamualaikum ♥

Lelaki Terima Zakar Derma Bakal Jadi Bapa




Johannesburg: Lelaki Afrika Selatan yang menjadi orang pertama menerima pemindahan zakar yang berjaya di dunia, bakal menjadi bapa, beberapa bulan selepas menjalani pembedahan itu.
Hari ini, doktornya, Andre van der Merwe, berkata teman wanita leaki itu yang berusia 21 tahun sudah hamil.
"Saya diberitahu teman wanitanya sudah hamil empat bulan,”
“Kami gembira kerana tiada komplikasi dan alat sulitnya berfungsi baik,” kata Andre van der Merwe, pakar urologis dari Universiti Stellenbosch.
Menurutnya, tiada halangan untuk lelaki itu mendapat anak kerana spermanya tidak terjejas.
Zakar lelaki berusia 21 tahun itu terpotong tiga tahu lalu akibat kesilapan ketika acara tradisi proses berkhatan. Dia menerima zakar daripada penderma yang mati dalam pembedahan selama sembilan jam pada 11 Disember lalu, Hospital Tygerberg, Cape Town. - AFP
-sumber : mymetro

1 comment:

  1. Rezeki dia..pertama kali dengar ni. Agak ketinggalan pula Etuza berita ini. tahniah pada dia ..hidup dia berserilah kan Cik Akak

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN