Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Saturday, June 6, 2015

Group WhatsApp Bukan Pilihan Cik Akak

♥ Assalamualaikum ♥


Group WhatsApp Bukan Pilihan Cik Akak


Group WhatsApp Bukan Pilihan Cik Akak. Isk jangan sentap dengan tajuk cik akak sebab tak semua individu suka dengan laman sosial sekarang nie. Kalau dulu guna facebook je....tapi sekarang dah boleh berwhatsApp. Tak kira tua muda semua berlumba-lumba nak download software kan. 

Cik akak suka juga berwhatsApp nie. Sebab lebih jimat dari mesej guna kredit. Tapi yang paling tak suka bila ramai kengkawan add untuk join group whatsApp. Benda paling cik akak tak suka....sori lah ye...bukan cik akak buta media sosial terkini. Tapi  kalau dah mengganggu masa tidur dan rehat cik akak memang cik akak left dari group......bukan niat nak sombong tapi cik akak perlu juga masa untuk berehat.

Nak bergroup bagai cik akak tak suka ok.....nak mesej personal whatsApp pun boleh. Boleh juga jimat bateri phone cik akak. Daripada sembang-sembang tak berfaedah..muak juga cik akak....

Mungkin setiap individu lain pendapat. Terserah...sebab cik akak ada pendirian tersendiri. Biarlah orang nak kata cik akak sombong dan buta media sosial. Peduli apa....Hak individu kan...nak cari cik akak mesej je personal.....tak mengganggu pun mesej seketul dua tu. Tapi kalau group whatsApp cik akak minta maaf awal-awal sebab cik akak tak suka. 

Sembang dalam group whatsApp nie mana boleh percaya. Banyak minum air sambil menyelam. Bab mengupat....mak aiiii.....taubat cik akak....bagus elakkan dari jadi badi bernanah.....nak kata cik akak nie baik sangat tak lah...tapi kalau nak umpat keji...serius cik akak tak nak masuk campur...

Group whatsApp memang membebankan cik akak....

1 comment:

  1. Saya dah delete group Whatsapp setakat ni...ada yang bergaduhlah...aduh yang jadi hero politik lah...tapi admin group add balik. Kemudian sy bg amaran utk block tapi degil add sy balik. Last2 block terus admin utk buat sementara waktu. Hahaha...

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN