Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, June 5, 2015

Drama/Filem Adaptasi Novel : Telemovie Diam-Diam Rindu - Cerekarama TV3 [ Bersiaran 13 Jun 2015 ]

♥ Assalamualaikum ♥

Drama/Filem Adaptasi Novel : Telemovie Diam-Diam Rindu - Cerekarama TV3 [ Bersiaran 13 Jun 2015 ]

Telemovie gandingan Amar Asyraf dan Nad Zainal menghiasi cerekarama 13 Jun 2015.


Sinopsis Novel Diam-Diam Rindu : Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. 

Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun. 

Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. 

Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. 

Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu. Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. 

Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu?

Sumber : SINI


1 comment:

  1. mmg terbaiklah cerita ini kalau boleh nak je nak tengok cerita mcm ni setiap hari

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN