Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, June 15, 2015

CUEPACS Harap Najib Umum Kenaikan Gaji Rabu Ini

♥ Assalamualaikum ♥

CUEPACS Harap Najib Umum Kenaikan Gaji Rabu Ini. Isu kenaikan gaji seringkali membelenggu penjawat awam di Malaysia. Adakah gaji penjawat awam kekal, ataupun ada kenaikan. Rabu ini....seperti yang dikhabar di media massa, adakah pengumuman kenaikan gaji atau bantuan khas raya sempena aidilfitri. Selamat menunggu berita gembira.,,.kikiki.......

Keratan akhbar : Bernama

CUEPACS Harap Najib Umum Kenaikan Gaji Rabu Ini

ALOR SETAR, 14 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap gaji minimum penjawat awam RM1,200 sebulan antara yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Himpunan Penjawat Awam dijadual Rabu ini.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ini kerana kenaikan gaji itu dari RM900 kepada RM1,200 sebulan mampu meringankan penjawat awam untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Sudah tentu penjawat awam tertunggu-tunggu kenaikan gaji mereka. Mereka harap Najib akan umumkan sesuatu yang menggembirakan mereka dalam menyambut Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu Cuepacs turut meminta elaun rumah penjawat awam di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan memandangkan sewa rumah agak tinggi pada masa ini.

Katanya ada kalangan penjawat awam menerima elaun rumah pada kadar RM180 sebulan sedangkan kadar sewa rumah paling rendah lebih RM300 sebulan.

"Kerajaan perlu selaraskan elaun tersebut agar ia tidak membebankan penjawat awam yang sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN