Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, May 13, 2015

Sinopsis Hati Perempuan Episod 27

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Hati Perempuan Episod 27

Tinggal satu episod je lagi. Esok hari terakhir drama hati perempuan - episod 28 [Episod Akhir]


Sinopsis Hati Perempuan Episod 27

Yuhanis bersumpah yang dia akan membuang semua perasaan syaknya dan percayakan suaminya. Tg. Zaril gembira dan percaya Yuhanis sudah dapat menerima cintanya dengan sepenuh hati.
Syed Amar bertanya pada Tg. Zaril tentang Tg. Amalin. Tapi Tg. Zaril menyatakan setahunya Tg. Amalin sudah kembali ke London. Syed Amar tidak puas hati kerana Tg. Zaril melepaskan Tg. Amalin macam tu saja setelah beberapa kali dia berbuat silap dalam cubaan meruntuhkan rumah tangga Tg. Zaril dan Yuhanis. Dan Syed Amar percaya, Tg. Amalin masih berada di Malaysia.
Memang benar bagai diduga. Suatu hari, Tg. Amalin benar-benar muncul di pejabat Yuhanis. Kali ini, Yuhanis merasakan dia perlu matang menghadapi Tg. Amalin.. Tg. Amalin juga menuduh Yuhanis wanita yang gilakan harta.
Tg. Zaqif memberi perkhabaran baik pada keluarganya bila Edrina disahkan bunting pelamin.
Tg. Amalin masih tidak serik mengganggu Tg. Zaril. Suatu hari, tanpa segan silu, dia pergi ke pejabat Tg. Zaril. Bagi elakkan fitnah, Tg. Zaril menghantar Tg. Amalin pulang dan bagi amaran keras agar Tg. Amalin tidak mengganggu lagi. Tapi Tg. Amalin sempat memberi amaran, “Orang yang paling I benci adalah isteri you. I akan buat apa saja untuk buat dia rasa apa yang I rasa sekarang”. Tg. Zaril terkesan dengan kata-kata itu.
Yuhanis pula kelihatan agak lemah sejak akhir-akhir ini. Dia tahu semua itu mungkin disebabkan tekanan masalah dan kerja sejak akhir-akhir ini. Suatu hari, Yuhanis pulang lebih awal dan memaklumkan pada Tg. Zaril yang terpaksa pulang lewat pula hari itu. Selesai mandi, Yuhanis mahu menyelesaikan sedikit kerjanya. Tapi dia mendengar bunyi tidak enak, dia menghubungi pengawal keselamatan di situ. Tapi pegawai menafikan terdapat sebarang perkara yang tidak baik di situ. Yuhanis lega. Tapi, tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi benda berkaca jatuh dan pecah. Dia keluar dan terkejut melihat pasu kaca jatuh berderai tidak jauh dari pintu biliknya. Yuhanis suspen memandang sekeliling. ~BERSAMBUNG~

credit: Creative Skill Solution

Tags : #HatiPerempuan

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN