Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, May 5, 2015

Sinopsis Hati Perempuan Episod 22

♥ Assalamualaikum ♥


Sinopsis Hati Perempuan Episod 22


EPISOD 22
Dah namanya rumah tangga Tg. Zaril – Yuhanis. Kalau tidak ada perselisihan faham, memang tak sah. Sehinggakan soal Tg. Zaril mengupah pekerja untuk renovasi rumah ibu Yuhanis sempena pernikahan abangnya sendiri turut dipertikaikan Yuhanis kerana Tg. Zaril tidak berbincang dengan dia dulu. 
Tg. Zaqif pula sedikit kecewa bila Edrina menangguhkan dulu pernikahan mereka kerana mahu menghabiskan pelajarannya dulu. Tg. Zaril menasihatkan Tg. Zaqif agar bersabar kerana keputusan Edrina itu baik untuk masa depannya. Lagipun, wanita sekarang tidak suka hidupnya diatur lelaki. Tiada bezanya antara Edrina dan Yuhanis. Tg. Zaqif akur dengan nasihat abangnya.
Kandungan Yuhanis yang semakin memberat membuatkan dia kelihatan lemah sejak akhir-akhir ini. Tn Izzudin terpaksa memberikan cuti awal kepadanya, tapi dia terkejut bila Yuhanis menghulurkan surat perletakan jawatan..
Akhirnya, Yuhanis selamat melahirkan anak lelaki, Tg. Aryan Ziqri.
Sepanjang Yuhanis dalam pantang pula, Tg. Zaril melakukan segalanya untuk dia dan bayi. Kalau boleh, Tg. Zaril tidak mahu terlalu menyusahkan bonda dan mertuanya. Sebab itulah bila ibu Yuhanis menawarkan diri untuk menjaga Yuhanis di JB, Tg. Zaril menolak dengan baik. Sepanjang itu, Tg. Zaril tidak punya masalah. Adik-adiknya juga ringan tulang untuk membantu. Tapi kadang-kala timbul aksi-aksi mencuit hati antara mereka bertiga seperti cerita “Three man and a baby”, lucu sangat. Yuhanis terharu dengan apa yang dilakukan suaminya.
Tg. Amalin pulang semula ke Malaysia...
~BERSAMBUNG~


Tonton Online Hati Perempuan Episod 22 - SINI



Sumber imej : #HatiPerempuan



3 comments:

  1. taksabaaar nak tengok . Hiksss :D

    ReplyDelete
  2. Tak best kalau gaduh lagi... Hehe ^-^

    ReplyDelete
  3. go mia ah,mad dan syarul

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN