Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, May 14, 2015

Hati Perempuan Episod Akhir - Episod 28

♥ Assalamualaikum ♥

Hati Perempuan Episod Akhir - Episod 28

Sebak pula cik akak tengok drama Hati Perempuan nie. Baru nak rasa bahagia. Terus krisis balik. Plot drama ini memang sentiasa menguji emosi penonton. Dengan watak tengku amalin yang obses nak kan tengku zaril.....petang ini....Drama Hati Perempuan Episod Akhir - Episod 28. 

Sinopsis Hati Perempuan Episod 28


Yuhanis terkejut melihat keadaan pasu kaca yang pecah itu. Dia segera menuju ke dapur dan terkejut melihat kedua orang gajinya cedera. Tiba-tiba muncul dua lelaki yang cuba untuk memperkosa dia. Yuhanis cuba lari untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Tg. Zaril yang sedang dalam perjalanan pulang, rasa tidak sedap hati. Dia cuba menghubungi telefon Yuhanis berkali-kali tetapi tidak diangkat. Dia juga cuba menghubungi telefon villa dan pengawal keselamatan juga gagal.

Sah sekali kedua penyamun itu adalah orang upahan Tg. Amalin. Disebabkan kegagalan mereka, Tg. Amalin bengang dan membuat keputusan untuk lari dari Malaysia dengan segera. Dia pulang ke rumah dan mengemas barang-barangnya.

Tg. Zaril pula menerima berita yang malang sekali bila Yuhanis didapati gugur. Rupa-rupanya Yuhanis hamil tanpa dia sendiri mengetahuinya. Tg. Zaril kesedihan sekali. Mujurlah Tg. Zaqif dan Edrina ada di sisinya untuk memberikan semangat. Tg. Zaril tidak tahu bagaimana hendak memberi tahu Yuhanis akan hal itu bila dia sedar nanti.

Tags Sumber : #HatiPerempuan

4 comments:

  1. Alaa, sedihnya episod last ni. Lepas ni dah takde Yuhanis dan Ku Ril :(

    ReplyDelete
  2. biar betul...hari ni last yek...

    ReplyDelete
  3. uwaaa.. ending sedih ke,, tak tengok tadi.. huhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN