Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, April 5, 2015

Tonton Full Episod Hati Perempuan [Slot Akasia Terbaru]

♥ Assalamualaikum ♥

Tonton Full Episod Hati Perempuan [Slot Akasia Terbaru]

Novel Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas akan diadaptasi ke drama bersiri di slot Akasia TV3. Drama arahan Kas Roshan ini menyusul selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Menampilkan gandingan pelakon baharu iaitu Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Saksikan drama ini bersiaran bermula 30 Mac 2015, pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.55 petang di TV3. Juga boleh disaksikan di laman tonton.com.my 

JUDUL : HATI PEREMPUAN 
EPISOD : 28 episod 
TARIKH : Mulai 30 Mac 2015 (Isnin-Khamis, 6.55 petang) 
SIARAN : Slot Akasia TV3 
PENGARAH : Kas Roshan 
SKRIP : Nieza Nahar 
NOVELIS : Nur Ain Al-Abbas 
TERBITAN : Creative Skill Solution 
PELAKON : Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa, Bella Nazari, Zuhairie Ibrahim, Noniswara, Mustaqem Bahadhon, Azlan Azman, Beego, Niena Baharun, Azhar Sulaiman, Lia Asmizz, Hazwan Halim, Kuna Muzani, Ryiena Ismail, Khatijah Tan, Aidil Aziz, Hanafi Rahman 

WATAK PELAKON 
Syarul Ridzwan sebagai Tengku Zaril 
Mia Ahmad sebagai Yuhanis 
Hafreez Adam sebagai Daniel Idrus 
Hafeez Mikail sebagai Tengku Zarul 
Nadzmi Adhwa sebagai Tengku Zaqif 
Bella Nazari sebagai Tengku Amalin 
Zuhairie Ibrahim sebagai Tengku Hazimi 
Noniswara sebagai Tengku Durahtul 
Mustaqem Bahadhon sebagai Syed Ammar 
Azlan Azman sebagai Nazim 
Beego sebagai Umar 
Niena Baharun sebagai Maisara 
Azhar Sulaiman sebagai Tuan Izuddin 
Lia Asmizza sebagai Edrina 
Hazwan Halim sebagai Jefry 
Kuna Muzani sebagai Safiah 
Ryiena Ismail sebagai Umairah 
Khatijah Tan sebagai Puan Sri Khadijah 
Aidil Aziz sebagai Nizam 
Hanafi Rahman sebagai Yazid 

SINOPSIS DRAMA HATI PEREMPUAN : 


Drama ini mengisahkan Yuhanis (Mia Ahmad), seorang gadis tegas dan berdikari bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat Izzudin & Co. Manakala, Tengku Zari (Syarul Ridzwan), jejaka kacak yang juga CEO Paradigma Holding, mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia. Ketampanan dan kekayaan Tengku Zaril sering menjadi kegilaan gadis-gadis tetapi tidak pada Yuhani. Bagi Yuhanis, Tengku Zaril ialah lelaki kaya yang sinis dan menjengkelkan. 

Tetapi entah mengapa Tengku Zaril tiba-tiba melamar Yuhanis sedangkan sering sahaja mereka berselisihan faham sewaktu berurusan. Idea gila Tengku Zaril ditolak kerana Yuhanis masih lagi memendam luka yang masih lagi berdarah di hati setelah ditinggalkan Daniel Idrus (Hafreez Adam). Namun Tengku Zaril tidak putus asa dan cuba memenangi hati Yuhanis dengan alasan mereka saling memerlukan. 

Tengku Zaril mula berubah sikap kerana baginya tiada perempuan lain yang boleh dijadikan isterinya melainkan Yuhanis. Kedatangan rombongan keluarga Tengku Zaril untuk meminang mengejutkan Yuhanis lebih-lebih lagi apabila ibunya turut memerima pinangan keluarga Tengku Zaril. Yuhanis kini terperangkap dengan soal hati bukan sahaja pada Tengku Zaril malah juga pada rakan sekerjanya Nizam (Aidil Aziz) dan Daniel, bekas kekasihnya. Bakal bersatukah dua jiwa ini jika Tengku Zaril, hatinya masih kosong dengan erti cinta sebenar manakala Yuhanis masih berpaut pada cinta yang lama? 

LAGU TEMA / OST HATI PEREMPUAN 

Lagu : Sampai Mati 
Penyanyi : Hazama 

Lagu : Takkan Pudar 
Penyanyi : Ernie Zakri 

Lagu : Bunga Dhia 
Penyanyi : Aiman 


Rangkaian Laman Sosial TV3 
Sumber : KoleksiDrama

Tonton Full Episod Hati Perempuan [Slot Akasia Terbaru]

Hati Perempuan - Episod 1 - 30/3/2015 by KoleksiDrama

Hati Perempuan - Episod 2 - 31/3/2015 by KoleksiDrama

Hati Perempuan - Episod 3 - 1/4/2015 by KoleksiDrama

Hati Perempuan - Episod 4 - 2/4/2015 by KoleksiDrama

2 comments:

  1. Best crita ni kan, kekdg x sempt nak tgk

    ReplyDelete
  2. Best crita ni kan, kekdg x sempt nak tgk

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN