Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, April 9, 2015

Tayangan Perdana Dunia Filem Pilot Cafe Di Anugerah AIIFA 2015

♥ Assalamualaikum ♥

Tayangan Perdana Dunia Filem Pilot Cafe Di Anugerah AIIFA 2015

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015 yang memberi pengiktirafan kepada filem terbaik dari rantau Asean kembali diadakan bermula dari 9 hingga 11 April di Kompleks Pelancongan Sarawak.
AIIFA 2015 bakal menyaksikan kehadiran 200 selebriti antarabangsa sekaligus mampu meluaskan lagi kerjasama di kalangan penggiat industri filem negara Asean.
Lebih menarik, filem arahan arahan Osman Ali  iaitu Pilot Cafe yang diadapatasi dari novel cinta popular hasil nurkilan Ahadiat Akashah bakal  diberi penghormatan untuk tayangan perdana dunia sempena AIIFA 2015.


Filem terbitan Tarantella Pictures dan Astro Shaw ini dibintangi oleh Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Remy Ishak, Neelofa dan Ketih Foo mengisahkan satu lembaran cinta telah mula berputik dan kehidupan ini bermula di mana-mana tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya.
Dia bertemu Ameer, lelaki yang hanya tau menodai cinta.Segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini.
Dua tahun lalu, Malaysia berjaya membawa pulang empat buah anugerah dalam AIIFA 2013 menerusi menerusi lakon layar terbaik, pelakon lelaki terbaik serta filem terbaik bagi kategori komedi dan aksi.
Filem Bunohan arahan Dain Iskandar Said memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik manakala Shaheizy Sam pula diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantapnya dalam filem Songlap.
Manakal Filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Kategori Komedi manakala filem Songlap pemenang Anugerah Filem Terbaik Kategori Aksi.

Filem Pilot Cafe bakal ditayangkan serentak di seluruh pawagam negara bermula 30  April 2015.

Tags Sumber : Astro Gempak

6 comments:

  1. Selamat menonton buat peminat sekalian..:)

    ReplyDelete
  2. knk nelofa mcm x k tudong dlm ya? hehe.. gmbar lamak kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie ada nelofa dalam cta tok dik...hihi

      Delete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN