Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Friday, April 3, 2015

Drama Adaptasi Novel Eksperimen Cinta Slot Dahlia Petang Ini

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Adaptasi Novel Eksperimen Cinta Slot Dahlia Petang Ini

Slot Dahlia Terbaru Eksperimen cinta menggantikan drama Asam Pedas Untuk Dia. Gandingan Izreen Azminda yang memegang watak sebagai Damia Farisha dan Fahrin Ahmad sebagai Tengku Aaron. Adakah watak bakal menjadi. Tunggu petang ini jam 7.00 malam hanya di TV3.


slot dahlia terbaru Eksperimen Cinta

Sinopsis Novel Eksperimen Cinta

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?
 


8 comments:

  1. nak kena usha satu episod, lau best tiap minggu lah tepacak dpn tv..
    novel eksperimen cinta ni best.. hopefully drama adaptasi ni pun best jugak.. hehe :D

    ReplyDelete
  2. Tok sabor nok tengok!!!!!!!hrap terbaiklah

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN