Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, April 2, 2015

Beruang Matahari Diselamatkan

♥ Assalamualaikum ♥


Beruang Matahari Diselamatkan


Kuching: Seekor beruang matahari yang sakit dan menjadi buruan selepas rakaman video menjadi viral dalam Facebook (FB), Januari lalu berjaya diselamatkan, semalam. Beruang matahari betina atau nama saintifiknya 'Helarctos Malayanus' ditemui sebelum diselamatkan pekerja selepas terserempak haiwan berkenaan di ladang sawit berdekatan Jalan Bintangor-Sibu, di Sibu, dekat sini sekitar jam 9 pagi. Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, sekumpulan pekerja ladang terjumpa haiwan itu ketika mahu memulakan kerja di ladang berkenaan. "Disebabkan keadaan kesihatan beruang matahari semakin menurun, pekerja ladang menangkap haiwan itu sebelum menghubungi SFC. Susulan itu, SFC menghantar wakil ke Sibu dan beruang matahari terbabit dibawa pulang dan akan ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang, di sini," katanya. 

SFC sebelum ini mengesahkan, binatang misteri ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu, 28 Januari lalu, adalah beruang matahari. Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan bintang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari selepas itu. Haiwan terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak. Pasukan SFC berusaha menyelamatkan haiwan itu, namun mereka dilaporkan tidak dapat masuk ke ladang berkenaan berikutan sebahagian kawasan itu masih ditenggelami air akibat banjir.

Sumber tags : myMetro

3 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN