Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, March 12, 2015

Resepi Cili Muda Masak Sambal Tumis

♥ Assalamualaikum ♥


Resepi Cili Muda Masak Sambal Tumis.

Mesti ramai rakan blogger yang tak pernah makan lagi cili muda masak sambal tumis kan. Sebab menu ini merupakan menu masyarakat bumiputera sarawak.

Cik akak pun tak pernah makan....tapi bila dah ramai kawan dari pelbagai kaum dan keturunan...ha.....apa salahnya kita berkongsi resepi dan masakan. 

Eh...eh...cili kan pedas cik akak..hihi..ye memang pedas..tapi tak semua cili muda ini pedas...maklumlah cik akak memang tak boleh makan pedas sangat...tapi gigih juga nak makan...tekak teringin apa lagi...koi...koi...lantak lah pedas kan...

Resepi Cili Muda Masak Sambal Tumis 

Resepi memang mudah dan ringkas..tak sampai berapa minit boleh siap..

Berbalik kepada bahan-bahanya...

Bahan-Bahannya

1. Cili muda satu mangkuk.
- pastikan buang biji cili muda tersebut.
2. Minyak masak untuk mengoreng.
3. Sedikit gula

Bahan-bahan Kisar/ Tumbuk

1. 2 ulas bawang merah.
2. 2 ulas bawang putih.
3. Semangkuk kecil ikan bilis
4. Sedikit belacan.

Bahan-bahan tersebut hendak dikisar atau ditumbuk sekaligus...tak payah halus sangat. 

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan masukan bahan kisar / tumbuk tadi. Goreng hingga naik bau...

2. Masukan cili muda dan gaul hingga sebati.

3. Akhir sekali....masukan sedikit gula.

4. Goreng guna api kecil sehingga cili muda layu dalam kuali.

Selamat mencuba...inilah hasilnya...





9 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN