Header Ads

Petua Elakkan Mata Pedih Dan Berair Ketika Mengupas Bawang

♥ Assalamualaikum ♥
Petua Elakkan Mata Pedih Dan Berair Ketika Mengupas Bawang
imej google
Petua Elakkan Mata Pedih Dan Berair Ketika Mengupas Bawang. Nah cik akak asal kupas bawang je....Mesti mata sakit dan berair..haha...Macamlah kena dera sampai mengalir air mata..kiki..
Sebenarnya mata cik akak sensitif sikit dengan bawang merah dan bawang besar. Blogger pun macam tu juga kan..

Orang dulu-dulu memang kaya dengan petua dan pantang larangnya...

Eleh kupas bawang pun mata boleh pedih tau...siap mata boleh kembang..

Petua orang dulu nak elakkan mata pedih bila kupas bawanh.

  1. Cucuk Bawang Merah Menggunakan Pisau. Cucuk bahagian bawah bawang dan biarkan bawang tersebut melekat pada hujung mata pisau. Sebelum memulakan aktiviti mengupas kulit bawang. Perkara pertama korang kenalah cucuk bawang menggunakan pisau yang sama untuk mengupas. Biarkan ia berkeadaan sedemikian sehingga habis anda mengupas. Insya Allah ini amat membantu anda. 
  2. Rendam Bawang Merah Dan Bawang Besar Dengan Air Suam. Sebelum mengupas bawang anda boleh rendam dengan air suam dalam tempoh berapa lama. Kupas bawang tersebut tanpa membuang air suam tadi...biarkan bawang itu berendam. Petua ini biasa cik akak tengok bila majlis kahwin, majlis kesyukuran dan sebagainya.

Selamat mencuba.....petua kampung je...

8 comments:

  1. huhu
    MG buat dh 2 2 ni ttp pedih kupas bwg
    org kata byk angin kalau "nangis" kupas bwg ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. MG la tak jalan ke..hahaha..
      Mesti lupa baca bismillah tu.hihi

      Delete
  2. Yg petua no 1 dh pernah buat...tp x jln pun....ada lg satu petua...simpan bawang dlm peti ais...nanti x pedih mata bila kupas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tak menjadi ke kak suria..hihi..
      Elok je orang tua dulu buat macam tu..
      Selawat dulu kak sebelum buat

      Delete
  3. no2 biasa dengar. no1 macam first time dengar hehee

    ReplyDelete
  4. selalu lissa pakai petua yang first tuu.. ekeke

    ReplyDelete
  5. Pakai helmet time kupas bawang...confirm tak pedih mata..hehehe ^_^
    Dekat dihati...

    ReplyDelete
  6. Selalu saya buat,bukak air paip pas tu kupas bawang bawah air tu dengan harapan kurang sikit pedih...tapi tak jadi pun..tetap menahan pedih..dah tak tahan sangat, basuh muka kat bilik air..haha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.