Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Sunday, January 4, 2015

Satu Lagi Drama Adaptasi Novel Bakal Menemui Anda Pada 10 Januari 2015 - Asam Pedas Untuk Dia

♥ Assalamualaikum ♥


Koleksi Drama Adaptasi Novel. Slot Dahlia Menampilkan Drama Asam Pedas Untuk Dia. Drama adaptasi novel kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan..bermula dari satu.novel ke satu novel..nampaknya drama adaptasi novel dah jadi trending di Tahun 2014. Kesinambungan lagi ke Tahun 2015...

Asam Pedas Untuk Dia bakal ditayangkan paada 10 januari 2015. Bersiaran jam 7.00 malam. Setiap sabtu dan Ahad.

Sinopsis Novel Asam Pedas Buat Dia


SINOPSIS NOVEL ASAM PEDAS UNTUK DIA

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya 

6 comments:

  1. eh hero tu!!!
    hehe minat sikit hikhik :D

    wahhhh baruuu alahai i wish i can catchup all of this malay dramas T_T

    ReplyDelete
  2. byk drama adaptasi novel dah skrg ni....
    dan byk yg dah dilupakan...byk sgt...hehe

    ReplyDelete
  3. sekarang cerita dalam novel..macam dah takde idea je..hehee..tapi semua tetap best

    ReplyDelete
  4. Sapa hero sapa heroin erk..dh jd trebding drama adaptasi novel...

    ReplyDelete
  5. Banyak adaptasi novel skrg ni ya..
    boleh la layan.. :D

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN