Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, January 22, 2015

Dunia Artis - Zamani Slam Disahkan Positif Dadah

♥ Assalamualaikum ♥
Masih Ingat Lagi tak Lagu Gerimis Mengundang Nyanyian Vokalis Zamani Slam. Perkembangan Terbaru Zamani Slam kini disahkan Positif Dadah. Alahai rindu nak dengar lagu gerimis Mengundang. 
Antara lirik lagu yang mengundang nostalgia..

"Ku sangkakan panas berpanjangan....
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang...ohhhhh...
Dalam sedar ku kebasahan....

Bukan sekejap denganmu...
Bukan mainan hasratku..
Engkau pun tahu niatku tulus dan suci..
Senang benarnya kau ucapkan..."

Itulah antara nostalgia lagu gerimis mengundang yang suatu ketika dahulu memang popular..

Sekarang lama tak dengar khabar vokalis kumpulan slam ini..akhirnya keluar isu zamani slam disahkan positip dadah.


Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani telah ditahan dikediamannya di Keramat, dipercayai positif dadah jenis Morphine. 

Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 43, telah ditahan bersama seorang wanita berusia 33 tahun yang turut positif dadah jenis Methaphitamine kira-kira pukul 12.30 pagi tadi (Rabu). 

Penyanyi popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Menurut maklumat yang dihantar sumber Astro Gempak, kediaman penyanyi tersebut telah diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya sebelum ditahan. 

Hasil pemeriksaan, satu paket plastik disyaki dadah jenis Heroin seberat 1.2 gram telah ditemui di dalam salah sebuah bilik dikediaman penyanyi itu. 

Soal siasat awal mendapati suspek (Zamani) mengaku terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis Syabu dan Heroin selama 10 tahun.

Artikel AstroGempak

6 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN