Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, December 17, 2014

Kami Nikah Bukan Nak Tutup Aib

♥ Assalamualaikum ♥


Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
Kluang: Mengejutkan apabila satu pasangan remaja berusia 15 dan 17 tahun mendirikan rumah tangga akhir bulan lalu hingga menjadi 'viral' dan tersebar secara meluas di laman sosial Facebook kebelakangan ini.
Difahamkan, pasangan terbabit Muhd Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, dinikahkan pada 30 November lalu selepas mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.
Muhd Muaz, dalam satu entri di laman sosial Facebook miliknya sehari selepas majlis itu menafikan perkahwinan pada usia muda itu disebabkan mahu menutup perkara negatif sebaliknya atas dasar keluarga.
"Asal (apabila) kahwin muda je (saja) mesti orang cakap macam-macam, benda itu Muaz dah sedia awal sebenarnya.
"Perkahwinan Muaz bukan atas dasar sebab bunting ke, dia nak mati ke (atau) apa benda semua la (lain-lain hal) tetapi atas dasar keluarga," katanya dalam entri Facebook miliknya, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16769?m=1#sthash.pNIhr6AG.dpuf

9 comments:

  1. Tak baik aibkan orang kan... Tak tahu menahu pasal dorang jangan la buat andaian kan...

    ReplyDelete
  2. nikah muda ni boleh membuatkan orang muda lagi bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  3. asalkan halal dan tahu tanggungjawab biarkan lah.. Hanya Allah dan keluarga mereka je yang mengetahui.. .kita sebagai manusia biasa tak baik nak aibkan mereka...

    ReplyDelete
  4. kalau zaman mak2 i dulu mungkinlah boleh terima.time tu susah, budak2 laki jd cekal n lebih bertanggungjawab.Sekolah pun tak tinggi tapi tahu erti tanggungjawab.Tapi dalam zaman moden yg rata2 remajanya 'manja' dan senang sangat 'kalah' pada godaan dunia ni.. relevankah.Bertahankah? saya bukan berat sebelah tapi tertanya2..apapun didoakan bahagia

    ReplyDelete
  5. semoga berkekalan hendaknya dan ibu bapa mrk yg lbh mtg dpt membantu n membimbing mrk utk melalui alam perkahwinan itu ...

    ReplyDelete
  6. dah jodoh lah tu..apapun sebaiknya lelaki kena matang. Minta lah lelaki tu nikah sebolehnya usia Nabi Muhammad pada zaman ini ok. Mulut manusia tak boleh ditutup dek...kita kena fahama ambil muhasabah diri.Biar apa nak kata tetap ada saja kata2 dari sekeliling kita. kontrovosi juga ni..masuk akbar meluas..

    ReplyDelete
  7. Tak baik org cakap dia kawen cepat sebab bunting ke ape... dah kedua-dua family tu restu dan nak cepat, nak buat camner!

    ReplyDelete
  8. Mungkin jodoh mereka dah sampai..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN