Artikel Terkini

Monday, September 8, 2014

RESEPI KEK SIMPLE : KEK SPAN HITAM


Malam nie rajin lak cik akak nak kongsikan satu resepi.
Resepi apa ye..hihi..
Semestinya resepi kek..mana tahu ada yang nak cuba buat raya haji nanti kan..hihi...

KEK SPAN HITAM

bahannya...

● 10 biji telur ayam
●1 botol horlick sederhana
● 1 tin kaya kecil
● 1 tin nestle cream reduch milk
● 2 gelas gula halus
● 3 botol gula hitam
● 16 oz mentega
● 1/2 ovelet
● 3 gelas tepung gandum



Cara membuatnya.

■ mentega dan gula dipukul hingga kembang.

■ masukkan telur satu persatu

■ masukkan susu, kaya, gula hitam, tepung gandum, horlick, nestle cream dan ovelet.

■ gaul sebati

■ akhir sekali...kukus 4 jam.

Nampak tak...resepi kek paling simple..hihi..
Kalau cik akak buat....boleh siap terus nie...

Selamat mencuba....

11 comments: