Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, August 19, 2014

KITA BERCINTA....BUKAN BERMAKNA DIA JODOH KITA...




- cinta kepada ilahi itu adalah cinta yang pertama dan terakhir untuk kita. 

Bercakap soal cinta....aku, dia dan kamu pastinya akan terasa.
Kita sama sahaja...punya hati untuk rasa disayangi dan cintai.
Tapi jangan sesekali bertindak di luar batasan. Sebab kita tak layak untuk menentukan siapa jodoh kita.

Ingatlah dan set di minda dan hati....

Jodoh itu rahsia ALLAH...

Kita cuma merancang..tapi ALLAH yang menentukan segalanya..

- bertemu sesorang itu adalah atas alasan dan sebab tertentu. Begitu jugalah dengan perpisahan. Tak perlu takut sebab janji Allah itu pasti.

Memang payah untuk kita melupakan orang yang pernah kita sayang. Tapi kenapa kita tak belajar untuk menerima qada dan qadar ilahi. Apa yang kita alami memang dah tertulis begitu. 
Tak perlu tergesa-gesa untuk membuang dia dari hati kita...dengan belajar menerima qada dan qadar insyaAllah kita boleh rasa tenang....

Bunga bukan sekuntum......kumbang bukan seekor..haha..

Hidup perlu di teruskan..biarlah dia dengan urusan dia..kita dengan urusan kita....

Ok lah dik....itu je yang mampu cik akak bagi semangat ok..jangan dikenang benda yang lepas. Sebab yang lepas itu pastinya akan menghilang......dan pada esoknya pasti akan hadir sesuatu yang terindah buat adik. Belajar terima qada dan qadar ilahi....pegang hati dengan nawaitu ikhlas menyintai DIA...
InsyaAllah...pelangi pasti akan muncul selepas hujan....
Janji Allah itu pasti.....cepat atau lambat....pasti bahagia menanti adik.....






4 comments:

  1. ye, semua dah tertulis kan.. siapa kita nak mempersoalkan jodoh ..

    ReplyDelete
  2. yup setuju tu cik aka. Nak tak nak kena redha dgn ketentuanNya.

    ReplyDelete
  3. ya betul tu cik akak..setuju sangat..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN