Wednesday, 25 September 2013

Sinopsis : Love you Mr Arrogant


Setelah cinta jannah melabuhkan tirainya semalam...
Malam ini cik akak semestinya dengan aktiviti menontonnya...

Kali ini dengan mood baru lagi.....
Kisah pernikahan paksa wei...
Andai itu jodoh yang Allah kirimkan buat Zaara.....
Zaara terima dengan redha...hihi...

Slot akasia nie memang tak habis-habis dengan gimik yang sama....
nikah paksa lah...nikah kontrak lah...
macam-macam ada....
takut juga berlaku di alam nyata....

Maklumlah kerana ego insan yang bergelar lelaki...
Musnah rasa cinta dan sayang dihati...
chewah....cik akak nie...over lah pula....

jomlah santai tengok...rugi tau tak tengok...
Tapi cik akak tengok sikit-sikit je..hahaha..
belom feel lagi lah..sebab baru episod pertama...


Sinopsis novel : 
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 
"Apa? Atas lantai ni?"
"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. 
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

11 comments:

Kathy Rbain said...

suka lagu tema drama ni sis...

Cik Kumbang said...

Cik Kumbang pun tgk jga episod 1 tadi,best juga
nampak gayanya bakal melekat lagi la dengan slot Akasia kali ni hehe :)
baca sinopsis pun menarik

tapi majoriti novel cerita more to kahwin paksa kan huhu~

Mama said...

nampak macam best.. mama wajib tonton.. hihi

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sinopsis dia menarik cik akak..

Fatanah Khirizan said...

wah akak! macam best aje,hehe :)

aisya said...

cerita ganti Cinta Jannah? Kmk sik berapa minat gilak mun tengok drama adaptasi novel tok. hehe

Asha Lya said...

macam best cerita nie..episod pertama tengok dah bikin panas dengan perangai ego 2 lelaki.cian zaara

Mieza Jhaa K said...

adik ipar yg kecik pn dah merungut..byk cerita nikah paksa kat tv..hehe

S.K.A said...

sempat juga tgok cerita ni smalam =) nmpak mcm best..bnyak dah cerita kt tv yg diadaptasi dr novel

Tetamu Istimewa said...

Oh, adaptasi dari novel juga? Begitulah cerita drama Melayu ni.

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Ha ah..banyak cerita adaptasi dari novel ..dan kebanyakkan dah baca dah...hehehee..

TQ Cik Akka..citer sinopsis Love U Mr Arrogant...

x0x0 ^___^

Belong ToDunia Cik Akak | Designed All Reserved By KathyR’bain78